Tuesday, April 29, 2008

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Kemesraan Agong dgn TG Hj Hadi Semasa pembukaan Parlimen kelmaren











Monday, April 28, 2008

MARI TENGOK WAJAH FIRAUN














































lihat koleksi wajah-wajah Firaun yang terkenal di zaman Nabi Musa a.s yang mengaku dirinya Tuhan

RINTIHAN RUH

Diriwayatkan: "Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya." Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan. Setelah lewat lima hari roh berkata: "Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku." Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah. Firman Allah SWT bermaksud:"Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris." ( An-Naba': 38)Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar. Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: "Jika datang Hari Raya, hari Asyura', hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya'ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: "Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini. Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya. Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:Katakanlah: "la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama." (Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak. Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas'ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas'ah itu tidak bergerak dari tempatnya. Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut. Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: "Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi." Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat. Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.
Sebahagian Hukama' ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang ke Kandil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam tubuh burung pipit Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur. Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi. Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT. "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku."(Yaa Siin: 79)

BETULKAH PETROL KITA TERMURAH DI RANTAU INI? MENARIK UNTUK DIRENUNG...

TERBITAN SEMULA

Setiap kali ingin menjustifikasikan tindakannya, kerajaan akan keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?
Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh Barisan Nasional untuk memperbodohkan orang kampung. Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuela yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika Perang Teluk di Iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini? Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.
Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan Petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya?
Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi. Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak.
Sila lihat statistik di bawah:-Allocation untuk mega projek:-
Koridor Utara : RM17.5 billion
Koridor Timur : RM112 billion
Wilayah Iskandar :RM47 billion
Koridor Sabah :105 billion
Koridor Sarawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu di utamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega? Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak.
So kalau Dato Seri Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain. Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Ni korang compare ngan Turkmenistan. Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/tx.html# Econ
Ni Malaysia punyaOil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/my.html# Econ

Sunday, April 27, 2008

CARA YG BETUL BERSYUKUR & ADAB ORANG MUKMIN

5.1 Cara yang betul bersyukur kepada Allah

Jika seseorang muslim mendapat nikmat atau terselamat dari dugaan Allah, adalah disyorkan supaya beliau melakukan sujud syukur (Al Mugni ma'a al Syarh Al Kabir 1/654). Abu Bakrah (r.a.) meriwayatkan bahawa: "Bila Rasulullah (s.a.w) mendapat sesuatu yang beliau sukai atau mendapat khabar gembira, baginda akan melakukan sujud sebagai tanda syukur kepada Allah." (Abu Dawood, no. 2774;. Ia adalah sahih dan juga telah diriwayatkan dalam Mishkaat al-Masaabeeh, no. 1494)

Tidak di syaratkan bersuci (tahaarah) dan menghadap kiblat semasa melakukan sujud syukur, walaubagaimanapun jika seseorang mengambil wuduk dan menghadap kiblat, itu adalah lebih baik. (Majmoo' Fataawa oleh Ibn 'Uthaymeen, 4/216.)

5.2 Menerima wang atau harta tanpa meminta-minta

Jika sesuatu (seperti wang, harta, dsb.) yang halal diberi kepada anda, samada melalui seseorang atau lainnya, tanpa memintanya, berkehendak atau merayu untuk mendapatkannya, dan tanpa perlu menjatuhkan maruah , maka anda bolehlah menerimanya. 'Umar (r.a.) meriwayatkan bahawa: "Rasulullah (s.a.w) bersabda" 'Jika sesuatu (seperti wang, harta, dsb.) diberi kepada kamu yang mana kamu tidak berkehendak ataupun memintanya, maka terimalah. Jika tidak, jangan pedulikan ia.'" (Saheeh al-Bukhaari, no. 1404)

5.3 Menanyakan tuan rumah (muslim) berkenaan makanan ataupun minuman yang dihidangkan

Jika seseorang muslim dihidangkan makanan di rumah saudara muslimnya, dan beliau khuatir samada makanan tersebut halal atau haram, maka beliau dibenarkan memakannya tanpa mempersoalkannya, kerana menurut Islam, kita perlu berpegang pada prinsip bahawa setiap muslim adalah boleh dipercayai. Dalil tentang perkara ini adalah daripada sabda Rasulullah (s.a.w): "Jika salah seorang daripada kamu memasuki rumah saudara muslimnya dan dihidangkan makanan, maka makanlah dan jangan bertanya tentang hidangan itu, dan jika dihidangkan minuman, minumlah dan jangan bertanya tentang minuman itu." (Ahmad, 2/399; al-Silsilah al-Saheehah, no. 627)

Ini adalah kerana persoalan seperti itu boleh menyinggung perasaan tuan rumah dan membuatkan beliau merasa dicurigai.

5.4 Berjalan dengan hanya sebelah alas kaki jika sebelah lagi rosak

Jika seseorang berjalan dengan alas kaki seperti selipar tiba-tiba salah satunya rosak ataupun koyak, beliau tidak patut berjalan dengan sebelah alas kaki sahaja, manakala sebelah lagi tidak beralas. Beliau perlu membaiki alas kaki tersebut dan memakai kedua-duanya sekali, ataupun menanggalkan kedua-duanya dan berjalan tanpa alas. Berjalan tanpa alas pada ketika tertentu adalah sunnah. Dalil dalam kes ini ialah hadith daripada Abu Hurairah (r.a.) bahawasanya Rasulullah(s.a.w) bersabda: Janganlah salah seorang daripada kamu berjalan dengan sebelah alas kaki sahaja tetapi hendaklah memakai kedua-duanya atau menanggalkan kedua-duanya sekali (Saheeh Al Bukhari, no. 5518)

Para ulamak pernah menyebut beberapa perkara berkenaan sebab berbuat begitu. Pendapat yang paling kukuh ialah sepertimana yang diterangkan oleh Ibn al-'Arabi dan yang lain-lainnya iaitu "Itu adalah cara syaitan berjalan". (Fath al-Baari, 10/310). Dalil tentang perkara ini adalah suatu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah (r.a.): "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya syaitan itu berjalan dengan sebelah alas kaki.'" (al-Silsilah al-Saheehah, no. 348)

5.5 Mimpi baik

Jika seseorang muslim mendapat mimpi yang baik, beliau hendaklah melakukan perkara berikut:

Beliau perlu memuji dan bersyukur kepada Allah (s.w.t).

Beliau boleh mentafsir sendiri mimpi tersebut ataupun berbincang dengan orang alim yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut untuk beliau.

Beliau tidak digalakkan memberitahu kepada sesiapa juga melainkan kepada orang yang dipercayai boleh memberikan beliau pandangan yang baik, ataupun orang yang bijaksana, ataupun orang yang beliau sayangi. Beliau tidak seharusnya memberitahu kepada orang yang berkemungkinan akan merasa cemburu terhadap beliau.

Dalil tentang ini adalah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Sa'eed al-Khudr (r.a.): "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Jika ada diantara kamu yang mendapat mimpi yang disukainya, maka ianya adalah daripada Allah, dan beliau perlu bersyukur kepada Allah dan memberitahunya kepada orang lain.'" (Saheeh al-Bukhaari, no. 6584)

Dan juga diriwayatkan oleh Abu Hurayrah (r.a) bahawa: "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Janganlah kamu menceritakan mimpi baik yang kamu perolehi melainkan kepada orang yang alim ataupun orang yang dipercayai dapat memberi kamu pandangan yang baik.'" (Jaami' al-Tirmidhi, no. 2280; al-Silsilah al-Saheehah, no. 1119)

Ini adalah kerana orang-orang tersebut dapat mentafsirkan mimpi itu dengan sebaik-baiknya, berlainan dengan orang-orang yang cemburu ataupun yang jahil.

5.6 Mimpi buruk

Jika seseorang muslim mendapat mimpi yang buruk, beliau hendaklah melakukan perkara berikut:

Beliau perlu meludah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali

Beliau perlu memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan sebanyak tiga kali (dengan berkata a'audhoobillahi minassyaithonir rajeem - pent.)

Beliau perlu memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dalam mimpi tersebut.

Beliau perlu bangun dan melakukan solat.

Beliau perlu mengubah posisi tidurnya jika beliau mahu meneruskan tidurnya, walaupun ini bermakna ia tepaksa berpaling ke sebelah kirinya.

Beliau dilarang memberitahu orang lain tentang mimpinya

Beliau dilarang mentafsir sendiri mimpi tersebut ataupun meminta orang lain mentafsirkan untuknya.

Dalil tentang perkara ini ialah sebagaimana yang riwayatkan oleh Jaabir (r.a.) bahawa:
"Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Jika ada di antara kamu mendapat mimpi yang tidak elok, maka ia perlu meludah ke kirinya sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan tiga kali , dan berpaling ke sebelah yang lain.'" (Saheeh Muslim, no. 2262)

Menurut riwayat yang lain, ada menyebut: "Beliau perlu memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan (mimpinya) dan meyakini bahawa mimpi tersebut tidak boleh memudharatkannya.."

Perawi hadith ini berkata: "Saya selalu bermimpi sesuatu yang lebih berat bagiku dari gunung, tapi bila saya mendengar hadith ini, saya tidak lagi risau tentangnya." (Saheeh Muslim, no. 2261)
Jaabir (r.a.) menceritakan bahawa seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah (s.a.w) dan berkata: 'Ya Rasulullah, aku bermimpi seolah-olah kepalaku dipenggal kemudian jatuh bergolek lalu aku mengejarnya." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Janganlah kamu ceritakan kepada orang lain tentang mimpi kamu yang dipermainkan oleh syaitan ." (Saheeh Muslim, no. 2268)

Menurut riwayat yang lain, ada menyebut:

"Jika seseorang bermimpi sesuatu yang beliau tidak sukai, beliau perlu bangun dan melakukan solat." (Jaami' al-Tirmidhi, no. 2280; Saheeh al-Jaami', no. 3533)

5.7 Terpesona bila melihat perempuan

Jika seorang muslim terlihat perempuan yang bukan mahram, dan beliau terpesona kepadanya, maka jika beliau mempunyai isteri beliau harus balik ke rumah dan berjimak dengannya supaya beliau dapat menghilangkan apa juga perasaan terhadap perempuan itu. Dalil tentang perkara ini ialah riwayat oleh Jaabir (r.a.): "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Jika ada di antara kamu merasa tertarik dan menyukai seseorang perempuan, beliau perlu mendatangi isterinya dan berjimak dengannya, kerana ini dapat menghilangkan apa juga perasaan terhadap perempuan itu.'" (Saheeh Muslim, no. 1403)

5.8 Duduk diantara sinaran matahari dan tempat teduh tidak dibenarkan

Barangsiapa yang duduk diantara sinar matahari dan tempat teduh, maka hendaklah dia beralih tempat duduk kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Jika seseorang dari kamu duduk di tempat teduh yang semakin surut, mengakibatkan sebahagian dari badannya terkena cahaya matahari dan sebahagian lagi di tempat teduh, maka hendaklah dia bangun dan beralih. (Abu Dawood, no. 4821; Saheeh al-Jaami', no. 748) Ini kerana kedudukan begini disukai oleh syaitan. Dalilnya ialah larangan Baginda mengenai duduk di tempat yang sebahagiannya disinari matahari manakala sebahagian lagi teduh. Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Ini adalah tempat duduk Syaitan". (Ahmad, 3/413; Saheeh al-Jaami', No. 6823)

5.9 Bila isteri seseorang jatuh sakit

Sekiranya isteri seseorang jatuh sakit, adalah disyorkan agar si suami melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w): "Apabila salah seorang dari isteri-isterinya jatuh sakit, Baginda mengarahkan (yang lain) menyediakan sup. Kemudian Baginda menyuruh isterinya yang sakit itu meminumnya. Baginda selalu berkata: "Ini akan menguatkan hati sesiapa yang berdukacita, dan membersihkan hati orang yang sakit seperti seseorang yang mencuci wajahnya dengan air.'" (Jaami' al-Tirmidhi, no. 2039; Saheeh al-Jaami', no. 4646)

5.10 Jika salah seorang dari anak atau ahli keluarga seseorang berbohong.

Jika salah seorang dari anak atau ahli keluarga seseorang itu berbohong, hendaklah beliau menyelesaikan isu ini sepertimana Rasulullah (s.a.w) lakukan: "Jika Baginda (s.a.w) mendapat tahu bahawa salah seorang dari ahli keluarganya berbohong, Baginda akan menjauhkan diri darinya sehingga dia insaf." (al-Silsilah al-Saheehah, no. 2052; Saheeh al-Jaami', no. 4675)

5.11 Bila bercakap benar bukan pilihan yang terbaik

Jika seseorang muslim berdepan dengan situasi dimana beliau perlu bercakap yang tidak benar untuk melindungi dirinya atau seseorang yang tidak bersalah, atau untuk menyelamatkan dirinya daripada masalah besar, adakah cara untuk beliau mengatasi situasi tersebut tanpa berbohong dan berdosa?

Ya, terdapat cara yang mengikut hukum syarak dan jalan yang dibenarkan untuk seseorang menggunakannya jika perlu. Ianya ialah berdalih ataupun tidak berterus terang. Imam al-Bukhaari menamakan satu bab dalam Saheehnya: "Berdalih adalah cara yang selamat untuk mengelakkan bohong". (Saheeh al-Bukhaari, Kitaab al-Adab (Kitab Adab), bab 116).
Berdalih bermakna mengatakan sesuatu yang mempunyai maksud tersurat yang mana pendengarnya akan faham, tetapi ia juga mengandungi maksud tersirat tentang perkara sebenar dengan bahasa yang betul. Syarat tentang perkara ini adalah apa juga yang dikatakan mestilah tidak membenarkan perkara yang sememangnya salah atau sebaliknya. Berikut adalah contoh dalih yang pernah digunakan oleh para salaf dan imam-imam terkenal yang dikumpulkan oleh Imam Ibn al-Qayyim di dalam bukunya "Ighaathat al-Lahfaan: Adalah diriwayatkan tentang Hammad (rahimahullah) jika seseorang datang dan beliau tidak suka duduk dengan orang itu, maka beliau akan berkata (seolah-olah dalam kesakitan): "Gigiku, gigiku!" Maka orang yang beliau tidak sukai tersebut (yang tidak memberi kebaikan bersahabat dengannya) akan meninggalkannya.

Imaam Sufyaan Al-Thawri (rahimahullah) dibawa berjumpa dengan Khalifah al-Mahdi yang menyukai beliau, tetapi bila beliau mahu pergi, khalifah telah menyuruhnya untuk duduk lebih lama disitu. Maka Al-Thawri berjanji beliau akan kembali semula. Beliau kemudiannya keluar, meninggalkan kasutnya di pintu. Selepas beberapa ketika, beliau kembali semula dan mengambil kasutnya, kemudian terus pergi. Bila Khalifah bertanya mana Al-Thawri, Baginda diberitahu bahawa beliau tadi berjanji untuk kembali lagi, maka beliau telahpun kembali dan mengambil kasutnya.

Suatu ketika Imam Ahmad berada di rumahnya bersama-sama dengan beberapa orang muridnya, termasuk al-Mirwadhi. Seseorang datang bertanyakan tentang al-Mirwadhi daripada luar rumah, tetapi Imam Ahmad tidak mahu al-Mirwadhi keluar, maka beliaupun berkata: "Al-Mirwadhi tiada di sini, apa yang beliau hendak buat di sini?" sambil meletakkan jarinya ke tapak tangannya yang sebelah lagi, kerana orang yang berada di luar tersebut tidak dapat melihat apa yang beliau sedang lakukan.

Contoh lain tentang berdalih atau tidak berterus terang termasuk yang berikut:

Jika seseorang bertanya kepada anda adakah anda terjumpa si Polan bin si Polan, dan anda takuti jika anda memberitahu tentang si Polan tersebut akan menimbulkan mudarat, maka anda boleh berkata "ma ra'aytuhu", dengan maksud bahawa anda tidak memotong paru-paru beliau, kerana maksud ini juga makna yang betul dalam bahasa Arab ["ma ra'aytuhu" selalunya bermakna "saya tidak melihat beliau," tetapi boleh juga bermakna "saya tidak memotong paru-paru beliau"]; atau anda boleh menafikan terjumpa dengan beliau, tetapi dengan maksud di dalam hati anda merujuk kepada masa dan tempat tertentu yang anda tidak terjumpa dengan beliau. Jika seseorang menyuruh anda bersumpah supaya tidak bercakap dengan si Polan bin si Polan, anda boleh berkata, "Wallaahi lan ukallumahu", dengan bermaksud anda tidak akan melukakan beliau, kerana "kalam" juga boleh memberi makna "luka" dalam bahasa Arab [begitu juga "cakap"]. Begitu juga, jika seseorang dipaksa malafazkan kalimah kufur dan disuruh menafikan Allah, adalah dibenarkan untuk beliau berkata "Kafartu bi'l-laahi", yang bermaksud "Saya menafikan berpoya-poya" [yang mempunyai bunyi yang sama dengan ungkapan yang bermaksud "Saya menafikan Allah"] (Ighaathat al-Lahfaan oleh Ibn al-Qayyim, 1/381 ff., 2/106-107. Sila rujuk bab tentang berdalih (ma'aareed) dalam Al-Adaab al-Shar'iyyah oleh Ibn Muflih, 1/14).

Walaubagaimanapun, seseorang haruslah berwaspada bahawa penggunaan dalih tersebut adalah untuk situasi yang tidak dapat dielakkan sahaja, jika tidak:

Penggunaannya yang berlebihan mungkin boleh membawa kepada pembohongan.
Seseorang mungkin boleh kehilangan kawan yang baik, kerana mereka akan selalu merasa ragu tentang apa yang dimaksudkan sebenarnya.

Jika orang yang terkena dalih tersebut menyedari bahawa realitinya adalah berlainan daripada apa yang diberitahu, dan beliau tidak menyedari orang itu dengan sengaja menimbulkan keraguan ataupun berdalih, maka dia akan menganggap bahawa orang itu adalah pembohong. Ini menyalahi prinsip melindungi maruah seseorang dengan tidak menimbulkan keraguan pada kejujuran seseorang.

Orang yang kerap menggunakan kaedah ini mungkin akan timbul sifat bangga diri kerana kebolehan beliau mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Akhir sekali, saya bermohon kepada Allah (s.w.t) agar kita dikurniakan kefahaman tentang agama kita, dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada kita, dan memberi manfaat kepada kita dari apa yang diajarkanNya, memberi ilham dan petunjuk kepada kita dan melindungi kita daripada kejahatan dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Yang Memberi Perlindungan dan Dialah Yang Maha Pengasih.

Salawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w), kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Kisah-Kisah Keajaiban Solat Hajat

A. Menghidupkan Kaldai yang Mati
Diriwayatkan dari Abu Sirah an-Nakh’iy, dia berkata, “Seorang laki-laki menempuh perjalanan dari Yaman. Di tengah perjalan keledainya mati, lalu dia mengambil wudhu kemudian shalat dua rakaat, setelah itu berdoa. Dia mengucapkan, “Ya Allah, sesungguhnya saya datang dari negeri yang sangat jauh guna berjuang di jalan-Mu dan mencari redha-Mu. Saya bersaksi bahwasanya Engkau menghidupkan makhluk yang mati dan membangkitkan manusia dari kuburnya, janganlah Engkau jadikan saya berhutang budi terhadap seseorang pada hari ini. Pada hari ini saya memohon kepada Engkau supaya membangkitkan keledaiku yang telah mati ini.” Maka, keledai itu bangun seketika, lalu mengibaskan kedua telinganya.” (HR Baihaqi; ia mengatakan, sanad cerita ini shahih)
B. Tercapainya Seluruh Hajat
Di dalam kitab Hasyiyatu Ibnu ‘Aabidiin, disebutkan bahwa di dalam shalat hajat, pada rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi tiga kali kemudian pada tiga rakaat sisanya dibaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlash, Al-Falak, dan An-Nas satu kali. Maka itu sebanding dengan Lailatul Qadr . Guru-gurunya melaksanakan shalat ini, dan tercapai seluruh hajatnya.
C. Dikabulkan Permintaannya Oleh Khalifah Uthman bin Affan
Dalam kitab Mu’jamu ash-Shoghir wal Kabiir, Imam Thabrani menceritakan: Ada seorang laki-laki memiliki hajat, kemudian ia memintanya kepada Amirulmukminin Uthman bin Affan, tetapi Uthman bin Affan tidak memberikan apa yang dimintanya. Kemudian ia bertemu seseorang, yaitu Uthman bin Hunaif. Lalu ia mengadukan masalahnya kepadanya. Akhirnya, Uthman bin Hunaif menyuruhnya untuk melaksanakan shalat hajat, sebagaimana yang telah diajarkan –tata caranya-- dalam hadits. Kemudian, ia pun mengerjakannya. Setelah itu, ia pun datang kembali menemui Uthman bin Affan. Tidak disangka, Uthman bin Affan memuliakannya dan mengabulkan permintaan laki-laki tersebut. Dengan kejadian itu, ia pun menemui Uthman bin Hunaif (yang telah mengajarkannya shalat hajat) dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
D. Ditolong Oleh Gabenor Thulun –Mesir--
Abu Al-Hasan As-Shaffar Al-Faqih berkata, “Suatu ketika, kami bersama Al-Hasan bin Sufyan An-Naswi. Banyak orang-orang terhormat yang mengunjunginya dari berbagai negeri yang jauh untuk mengikuti majlis taklimnya, guna menuntut ilmu dan mencatat riwayat hadits. Suatu hari, ia pergi menuju majlisnya, tempat ia menyampaikan riwayat-riwayat hadis, lalu ia berkata, “Dengarkanlah apa yang akan aku sampaikan kepada kalian sebelum kita memulai pelajaran. Kami memaklumi bahwa kalian adalah sekelompok orang yang diberikan banyak kenikmatan dan termasuk orang-orang yang terpandang. Kalian tinggalkan negeri kalian, berpisah dari kampung halaman dan teman-teman, hanya demi menuntut ilmu dan mencatat riwayat hadits. Kalian tidak menyedari bahawa kalian telah menempuh semua kesulitan ini demi ilmu, atau telah menanggung apa yang telah kalian tanggung, iaitu berupa kesusahan dan kepenatan yang menjadi salah satu akibatnya.
Sesungguhnya aku ingin menceritakan kepada kalian sebagian kesulitan yang aku alami di dalam menuntut ilmu, serta bagaimana Allah SWT memberikan jalan keluar untukku dan para sahabatku --dengan keberkahan ilmu dan kemurnian aqidah-- dari segala kesempitan dan kesulitan. Ketahuilah, sejak muda aku telah meninggalkan kampung halaman untuk menuntut ilmu dan mencatat riwayat hadits. Takdir membawaku sampai ke Maghribi, kemudian menuju Mesir, bersama tujuh orang sahabatku sesama penuntut ilmu dan pendengar hadits. Kami lalu berguru kepada seorang guru, ulama yang paling menonjol pada waktu itu. Paling banyak meriwayatkan hadits, paling mengetahui sanad-sanadnya, dan paling sahih periwayatan hadisnya. Ia menjelaskan hadis setiap hari sedikit demi sedikit, sehingga memakan waktu yang cukup lama. Akibatnya, kami menjadi kehabisan bekal. Situasinya sampai memaksa kami untuk menjual barang-barang yang kami bawa, berupa baju dan seluar.
Akhirnya, tidak ada lagi milik kami yang tersisa untuk memperoleh wang untuk makan satu hari pun. Tiga hari tiga malam kami lalui tanpa dapat memakan sesuatu apa pun. Sampai pada suatu pagi di hari ke empat, tak satu pun di antara kami yang dapat bergerak karena kelaparan. Situasi ini memaksa kami harus menahan rasa malu dan mengorbankan air muka kami untuk meminta-minta, padahal diri kami menolak dan hati kami merasa keberatan. Setiap orang dari kami menolak melakukan hal itu, namun situasi dan kondisinya benar-benar memaksa untuk meminta-minta. Akhirnya, semuanya sepakat untuk menuliskan nama-nama kami di atas sebuah kain dan meletakkannya di atas air, barangsiapa yang namanya muncul ke permukaan, maka ia yang harus pergi meminta dan mencari makanan untuk dirinya serta sahabat-sahabatnya. Kain yang tertulis dengan namaku kemudian muncul ke permukaan.
Aku bingung dan terkejut, dalam hatiku menolak untuk meminta-minta dan menanggung hina. Lalu, aku bergegas pergi ke satu sudut masjid untuk melakukan shalat dua rakaat dalam waktu cukup lama. Berdoa kepada Allah SWT dengan nama-nama-Nya yang MahaAgung dan kalimat-kalimat-Nya yang Maha Mulia, agar menghilangkan kesusahan ini dan memberikan jalan keluarnya. Belum selesai aku melakukan shalat, seorang pemuda tampan tiba-tiba masuk ke dalam masjid dengan pakaian bersih dan bau yang wangi, diikuti oleh seorang pengawal yang memegang sebuah sapu tangan. Ia bertanya, “Siapa di antara kalian yang bernama Al-Hasan bin Sufyan?” Aku mengangkat kepalaku dari sujudku, lalu menjawab, “Aku Al-Hasan bin Sufyan, apa yang Anda inginkan?” Ia menjawab, “Sesungguhnya sahabatku, Gabernor Ibnu Thulun menyampaikan salam hormat dan permohonan maafnya atas kelalaiannya di dalam memberikan perhatian mengenai keadaan kalian, juga atas kelalaian yang terjadi di dalam memenuhi hak-hak kalian. Ia mengirimkan sejumlah bekal untuk hari ini. Sedangkan besok, ia sendiri yang akan mengunjungi kalian untuk meminta maaf secara langsung.” Pemuda tersebut memberikan di tanganku masing-masing sebuah pundi berisi wang seratus dinar. Aku heran dan kebingungan. Maka, aku berkata kepada pemuda tersebut, “Ada kisah apakah di balik ini semua?” Ia berkata, “Aku adalah salah seorang pelayan khas Gabenor Ibnu Thulun. Pagi tadi, aku menemuinya bersama sejumlah sahabat yang lain, lalu gabenor mengatakan kepadaku, “Hari ini aku ingin menyendiri, maka pulanglah kalian ke rumah masing-masing!”
Aku pun pulang bersama yang lainnya. Sesampainya di rumah, belum sempat aku duduk, seorang utusan gabenor mendatangiku dengan tergesa-gesa, memintaku untuk kembali. Aku segera memenuhi panggilannya dan mendapatkan gabernor sedang berada sendirian di rumahnya. Ia meletakkan tangan kanannya di atas pinggangnya, menahan rasa sakit yang teramat sangat di dalam perutnya. Ia berkata kepadaku, “Apakah engkau mengenal Al-Hasan bin Sufyan dan sahabat-sahabatnya?” Aku menjawab, “Tidak.” Ia berkata lagi, “Pergilah ke sektor fulan dan masjid fulan, bawalah pundi-pundi ini dan serahkan kepadanya dan para sahabatnya. Sudah tiga hari mereka kelaparan dengan keadaan yang menyedihkan. Sampaikan permintaan maafku, dan katakan bahawa besok pagi aku akan mengunjungi mereka untuk meminta maaf secara langsung.” Pemuda itu berkata, “Aku menanyakan tentang sebab yang membuatnya berbuat demikian, maka ia berkata, ‘Ketika aku masuk ke dalam rumah ini sendiri untuk beristirahat sesaat, aku tertidur dan bermimpi melihat seorang penunggang kuda sedang berlari di angkasa dengan begitu stabilnya --seperti layaknya berlari di atas hamparan bumi-- sambil memegang sebilah tombak.
Aku melihatnya sambil tercengang hingga ia turun di depan pintu rumah ini, lalu meletakkan tombaknya di atas pinggangku, dan berkata, ‘Bangun, dan temuilah Al-Hasan bin Sufyan dan para sahabatnya.’ Bangun, dan temuilah mereka, sesungguhnya mereka kelaparan sejak tiga hari yang lalu di masjid fulan!’ Aku bertanya, ‘Siapakah engkau?” Ia menjawab, ‘Aku Ridhwan, penjaga pintu surga.’ Semenjak ia meletakkan ujung tombaknya di pinggangku, aku merasakan sakit yang teramat sangat, membuatku tidak dapat bergerak. Maka, segeralah engkau sampaikan wang ini kepada mereka, agar rasa sakit ini hilang dariku.” Al-Hasan berkata, “Kami tercengang mendengar kisah tersebut, bersyukur kepada Allah SWT dan dapat memperbaiki kembali keadaan kami. Namun, diri kami merasa tidak tenteram lagi untuk menetap di tempat itu. Agar kami tidak dikunjungi oleh gabenor dan rahasia kami diketahui oleh orang lain, sehingga menyebabkan melambungnya reputasi dan kedudukan kami, dan semua itu akan menimbulkan sifat riya’.
Maka, malam itu juga kami meninggalkan Mesir. Dan, ternyata setiap orang dari kami menjadi seorang tokoh ulama dan terpandang di zamannya. --Keesokan paginya, Gabenor Ibnu Thulun datang ke tempat itu untuk mengunjungi kami, lalu dikabarkan kepadanya mengenai kepergian kami. Kemudian, ia memerintahkan untuk membeli pasar seluruhya dan mewakafkannya untuk kepentingan masjid dan para musafir, orang-orang yang memerlukan dan para penuntut ilmu sebagai bekal mereka, agar keperluan mereka tidak lagi terabai dan tidak mengalami seperti yang kami alami. Semua itu disebabkan oleh kekuatan agama, kebersihan aqidah dan Allah SWT Maha Pemberi Taufiq.”

Friday, April 25, 2008

HATI MENURUT ISLAM & SAINS PERUBATAN

Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati menjadi subjek utama di dalam pelbagai bidang pengajian. Di dalam lirik-lirik lagu terlalu ramai yang menyentuh soal hati. Begitu juga dengan filem.Ada ramai Ulamak di Islam menulis tentang cara-cara menjaga hati. Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin ada menyatakan: "Apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna".
Adakah hati yang disebut cerdik pandai sama dengan hati yang terletak di dalam dada manusia secara literal? Ada yang berpendapat bahawa hati itu adalah sama dengan jantung kerana apabila terjumpa si polan dan si polan - hati pun berdebar-debar. Adakah hati kita yang berdebar atau jantung yang berdebar? Justeru, ramai telah menukar istilah hati kepada "hepar".
Oleh kerana keterbukaan penggunaan perkatan hati dan jantung ini di dalam konteks falsafah, mungkin kita ingin meninjau apakah sebenarnya hati ini di dalam konteks sains.
Anatomi HatiDi dalam bidang sains perubatan, hati adalah organ terbesar pada badan manusia selepas kulit. Ia terletak di sebelah kanan-atas di dalam kaviti abdomen. Di atas hati ialah diafargma kanan (paru-paru) dan di bawahnya terletak buah pinggang kanan. Ia berbentuk seperti kon dan bewarna merah gelap. Beratnya lebih kurang 1.5kg -1.6 kg. Hati terbahagi kepada 4 bahagian yang dipanggil "lobe". Di belakang hati terletak pundi hempedu (gall bladder) yang menyimpan cecair hempedu untuk tujuan penghadaman lemak.
Fungsi-Fungsi Hati
Ini adalah fungsi2 hati dan apa yang berlaku sekiranya hati gagal melaksanakan fungsinya.
1. Menghasilkan dan merembes cecair hempedu yang bewarna hijau kuning yang diperlukan untuk menghadam lemak. Kebanyakan cecair hempedu akan disimpan di dalam pundi hempedu dan ada yang dirembes terus ke dalam usus. Kerosakan hati akan menyebabkan cecair hempedu masuk ke dalam darah dan menjadikan badan bewarna kuning
.2. Hati adalah umpama stor yang menyimpan gula (glukos). Apabila gula berlebihan, insulin akan menukarkan gula kepada glykogen untuk distorkan di dalam hati. Apabila gula kurang, glykogen ditukar pula kepada gula untuk digunakan di dalam badan. Oleh itu, orang yang mempunyai kegagalan hati akan mengalami kekurangan gula yang sangat serius sehingga kerap pengsan.
3. Hati juga menghasilkan protein seperti albumin. Apabila hati rosak maka penghasilan albumin di dalam badan juga akan berkurang. Kekurangan albumin di dalam salur darah akan menyebabkan air di dalam tisu badan berkumpul (Baca artikel saya di dalam nephrotic syndrome). Perut akan membengkak dipanggil "ascites" - saya rasa orang melayu panggil "busung" dan seluruh badan juga akan membengkak dengan air.
4. Hati menghasilkan bahan-bahan untuk pembekuan darah seperti fibrinogen, prothrombin, faktor-faktor V, VII, IX dsbg. Bahan-bahan ini juga adalah sejenis protein. Apabila tiada bahan-bahan ini, pembekuan darah tidak berlaku dan akan menyebabkan pendarahan teruk. Itu juga antara sebab kenapa ramai yang menghidapi kegagalan hati meninggal dunia akibat pendarahan teruk yang tidak dapat dihentikan.
5. Fungsi hati yang tersangat penting ialah membuang bahan-bahan beracun dan menyahtoksin bahan-bahan toksik daripada badan. Untuk pengetahuan anda, segala macam ubat-ubat, bahan kimia, herba-herba dan segala jenis makanan beracun akan di mengalami proses metabolik untuk menghilangkan keracunannya. Oleh hal yang demikian, proses penyahtoksin ini akan menyebabkan hati rosak. Apabila kita memakan 2 biji panadol contohnya, panadol ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya di dalam hati dan dikeluarkan melalui buah pinggang atau najis. Namun, sekiranya kita makan 50 biji panadol sekaligus, bahan ini akan ditukarkan kepada bahan tidak bahaya oleh hati tetapi akan menyebabkan kerosakan hati yang serius yang menyebabkan kematian.
6. Sejenis sel khusus di dalam banyak-banyak sel hati dipanggil "sel kupffer" membentuk satu sistem pertahanan badan. Ia membantu untuk memakan bakteria dan bahan-bahan merbahaya yang lain. Kekurangan protein tertentu akibat kegagalan hati menyebabkan seseorang itu sangat mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun badan yang lemah.
Kesimpulan

Oleh kerana itu, hati adalah sangat penting untuk dijaga. Ia adalah sejenis organ yang tidak boleh hidup tanpanya. Oleh itu jauhilah perkara-perkara yang boleh merosakkan hati. Salah satu daripadanya ialah ARAK. Alkohol adalah antara penyebab kerosakan hati yang utama di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah SAW:-Ertinya: " Sesungguhnya dalam jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah seluruh badan. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI".

Jika melihat daripada kacamata ulama' dan ahli falsafah, ada yang berpendapat hati yang Rasulullah maksudkan adalah sesuatu yang tidak berbentuk material atau jasad sifatnya dan tidak dapat dilihat dengan mata.

Tetapi professor saya pernah berkata dahulu, jikalau diambil dalam konteks sains perubatan yang lebih objektif dan spesifik, maka hadis yang Rasulullah sebut itu sangat bertepatan dengan organ hati ini secara jasad. Oleh hal yang demikian, jagalah hati anda walau dari kacamana sekalipun anda melihatnya.

Wallahu A'lam.

CARI DUIT TAMBAHAN? SILA KLIK....

http://www.perigiduit.com/?ref=PutraKB

Thursday, April 24, 2008

Iktibar - Anak Pengsan Lihat Jenazah Bapa

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah takberhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yangberlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa. Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya. Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itupun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarhampergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat. Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz,ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?" Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yangterjadi pada mayat ayahnya itu. Saya pun pergi ke rumahnya.
Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu. Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahua'lam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hatisaya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yangmengaibkan Allahyarham. Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga danrongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar. Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah untuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan. Allah jua yang menentukan.
Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuhAllahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol dimuka dan badannya. Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidakketerlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakankepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anakAllahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsankerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi. Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.
Dalam waktu dinihari yanggelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kuburAllahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi. Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macamair biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambilkeputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang... Kami pun benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantarAllahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya taktahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuhpula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuhorang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab iamenjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atauduit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau dijalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati. Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadapAllah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

Luasnya Neraka Itu

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, suami/isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YAA LLAH......AMIN.
Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: ' Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu Nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan ca ir sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya a ir panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: ' Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: ' Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari l ain nya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang l ain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kaf ir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga F ir 'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'e ir .'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab' Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....
Wallahua' lam.
Al-Quran Su rah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Su ci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berd ir i tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.'
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari Zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' S ir atul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wa nita yang mati kelah iran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang l ain dari Jab ir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Su rah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Su rah Al- Baqarah : 237

Health Important Tips

1) Answer the phone by LEFT ear.


2) Do not drink coffee TWICE a day.


3) Do not take pills with COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.

5) Reduce the amount of OILY food you consume.

6) Drink more WATER in the morning, less at night.

7) Keep your distance from hand phone CHARGERS.

8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

11) When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

12) Forward this to those whom you CARE about!

Tips Jika Hilang Telefon Bimbit

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :- * # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash)
Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit.
Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula. Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan. Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna juga ....

HUKUM FIQH - BAHAGIAN 3 - MENGENAI SUJUD SAHWI

3.1 Ragu-ragu tentang bilangan rakaat yang sudah dilaksanakan

Jika seseorang merasa ragu samada beliau telah solat contohnya, tiga atau empat rakaat, beliau perlu berbuat apa yang ia rasa lebih jelas dan pasti. Walaubagaimanapun, jika beliau tidak yakin yang mana yang lebih jelas, beliau hendaklah membuat keputusan berdasarkan kepada bilangan yang ia benar-benar yakin, iaitu bilangan yang tersedikit, dan kemudiannya melakukan sujud sahwi.

Dalilnya ialah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa'eed Al-Khudri (r.a.) yang berkata: "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Jika ada diantara kamu yang merasa ragu semasa solat dan tidak ingat berapa rakaat yang sudah dilakukan, samada tiga atau empat rakaat, maka beliau perlu menghilangkan keraguannya dan menyempurnakan solat berdasarkan apa yang beliau pasti dan kemudiannya melakukan dua sujud sebelum memberi salam. Jika sebenarnya beliau telah solat lima rakaat, maka kedua sujud tersebut akan membuatnya genap, dan jika sebenarnya beliau telah menyempurnakan empat rakaat, maka beliau telah terlepas daripada tipudaya syaitan.'" (Saheeh Muslim, no. 571)

3.2 Imam terlupa membaca al-Faatihah pada rakaat yang senyap

Jika seorang imam teringat semasa duduk tahiiyat akhir bahawa beliau telah terbaca at-tahiyyaat (bacaan semasa duduk) semasa berdiri di permulaan rakaat yang senyap yang sepatutnya dibaca al-Faatihah, maka beliau perlu berdiri dan melakukan satu rakaat untuk menggantikan rakaat yang beliau telah terlupa membaca al-Faatihah. Ini adalah kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Tiada solat bagi seseorang yang tidak membaca al-Faatihah (didalamnya)." (Saheeh al-Bukhaari, no. 723)

Adalah perlu juga bagi para makmum mengikuti beliau, walaupun ianya adalah rakaat kelima bagi mereka. Jika makmum tidak faham lalu mereka tetap duduk dan tidak berdiri mengikut imam , tetapi berkata "subhaan Allah" untuk menunjukkan kesalahan imam, maka imam tersebut perlu memberi isyarat menggunakan pergerakan tangan ke kanan dan ke kiri untuk memberitahu makmum bahawa beliau melakukannya dengan sengaja dan mengisyaratkan bahawa mereka (makmum) perlu bangun kerana imam tahu apa yang sedang dilakukannya bukan kerana terlupa atau tidak sengaja.

Walaubagaimanapun, jika perkara seperti ini (terlupa membaca al-Faatihah) berlaku kepada seseorang makmum, solatnya masih dikira sah selagi beliau mengikuti imam.

Dalil tentang ini adalah sebuah hadith daripada Abu Bakrah yang menerangkan semasa beliau menyertai solat dalam keadaan ruku' dan tidak membaca al-Faatihah. Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada beliau: "Semoga Allah memberkati usaha kamu. Kamu tidak perlu mengulanginya." (Saheeh al-Bukhaari, no. 750).

3.3 Seorang makmum terlupa membaca al-Faatihah, atau menyertai solat semasa ruku'.

Jika seseorang makmum terlupa membaca al-Faatihah, ataupun tidak mengetahui tentang wajibnya , ataupun menyertai solat semasa imam sedang ruku', maka rakaatnya dikira lengkap dan solatnya adalah sah. Beliau tidak perlu mengulangi rakaat tersebut, kerana beliau diampunkan kerana kejahilannya ataupun kealpaannya, ataupun tidak sempat menyertai solat semasa qiyaam (berdiri). Ini adalah pendapat jumhur ulamak. (Ibn Baaz: Fataawa Islamiyyah, 1/263). Ini adalah salah satu perkara yang ditanggung oleh imam bagi pihak makmum.

3.4 Bangkit daripada ruku' dan menyedari beliau terlupa membaca tasbih

Jika seseorang telah bangkit daripada ruku' dan teringat bahawa beliau tidak membaca tasbih ruku', maka beliau tidak boleh kembali kepada ruku' kerana keperluan membaca tasbih pada ruku' termansukh dengan perbuatan bangkit tersebut. Jika beliau kembali kepada ruku' dengan sengaja, ianya akan membatalkan solat kerana beliau telah menambah satu rukun solat iaitu ruku' yang kedua. Walaubagaimanapun, jika ianya adalah kerana tidak tahu ataupun terlupa, solatnya tidak batal, tetapi didalam hal ini beliau mestilah melakukan sujud sahwi jika beliau solat berseorangan ataupun solat berjemaah. Ini kerana membaca tasbih ("subhaana Rabbi al-'Azeem, Maha Suci Allah Yang Agung") adalah wajib, dan jika seseorang terlupa, ianya boleh digantikan dengan melakukan sujud sahwi. Jika beliau solat mengikuti imam dan terlupa membaca tasbih, maka gugur kewajipan tersebut daripada dirinya. (al-Mughni ma'a al-Sharh al-Kabeer,1/679).

3.5 Terlupa tasyahud awal

Jika seseorang terlupa tashahhud awal, dan berdiri untuk rakaat ketiga dan terus membaca al-Faatihah, maka menurut jumhur ulamak, beliau tidak boleh kembali ke posisi duduk. Jika beliau berbuat demikian sedangkan beliau tahu bahawa perbuatan tersebut adalah salah, maka solat beliau dikira batal kerana beliau telah menambah satu lagi rukun. Perkara wajib yang beliau tertinggal (tashahhud awal) boleh digantikan dengan melakukan sujud sahwi. Dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Mugheerah ibn Shu'bah (r.a.): "Rasulullah (s.a.w) bersabda: 'Jika imam mula berdiri selepas rakaat kedua (dengan terlupa duduk dan membaca tashahhud awal), kemudian teringat sebelum beliau berdiri tegak, maka beliau perlu duduk semula. Tetapi jika beliau sudahpun berdiri tegak., maka beliau tidak boleh duduk bahkan perlu melakukan dua sujud sahwi.'" (Abu Dawood, no. 1036; Silsilah al-Saheehah, 321)

Secara ringkasnya, jika seseorang berdiri untuk rakaat ketiga, tetapi terlupa tashahhud awal, salah satu daripada di bawah ini perlu diperbuat:

Jika beliau teringat sebelum berdiri tegak: maka beliau perlu kembali ke tashahhud.
Jika beliau teringat setelah berdiri tegak, tetapi sebelum mula membaca al-Faatihah: maka adalah lebih baik beliau tidak duduk kembali, tetapi jika beliau duduk semula , solat beliau masih lagi dianggap sah.

Jika beliau teringat selepas mula membaca al-Faatihah: maka beliau tidak boleh kembali kepada tashahhud. (al-Mughni ma'a al-Sharh al- Kabeer, 1/677)

Ketiga-tiga kes ini telah disimpulkan daripada hadith diatas.

3.6 Imam memberi salam kemudian melakukan sujud sahwi, tetapi makmum yang ketinggalan berdiri untuk menyempurnakan solat.

Jika imam memberi salam dan makmum yang lambat menyertai solat berdiri untuk menyempurnakan apa yang tertinggal, kemudian tiba-tiba imam melakukan sujud sahwi selepas salam, maka makmum tersebut perlu duduk semula dan melakukan sujud bersama imam, jikalau beliau masih belum berdiri tegak. Jika beliau sudah berdiri tegak, beliau tidak boleh duduk semula bahkan perlu menyempurnakan solatnya, kemudian melakukan sujud sahwi yang beliau tertinggal tadi. Dalil tentang ini adalah seperti yang dinyatakan dalam perbincangan mengenai lupa untuk duduk tashahhud diantara rakaat kedua dan ketiga. (al-Mughni ma'a al-Sharh al-Kabeer, 1/697).

3.7 Imam melakukan kesilapan tetapi tidak faham apa yang makmum maksudkan bila mereka berkata "Subhaan Allaah" untuk mengingatkannya.

Jika imam melakukan kesilapan dan meninggalkan satu daripada rukun solat, dan makmum mengingatkan beliau (dengan berkata "Subhaan Allah"), tetapi beliau tidak faham apa yang dimaksudkan ataupun tidak tahu bila atau dimana silapnya, lalu meneruskan rukun solat yang seterusnya (tidak termasuk apa yang beliau tertinggal) , maka terdapat beberapa pendapat tentang apa mereka perlu buat untuk membuatkan imam faham. Cara yang terbaik ialah mereka perlu mengingatkan beliau tentang bacaan zikir rukun (yang tertinggal itu) contohnya dengan berkata "subhaana Rabbi al-'Azeem" jika ia adalah ruku' atau "subhaana Rabbi al-A'la" jika ia adalah sujud, atau Rabbighfir li jika ia adalah duduk diantara dua sujud dsb. (al-Mughni ma'a al-Sharh al-Kabeer, 1/707)

Awass!! Kehadiran Iblis di saat kematianmu

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu dimasa hidupnya sangat amak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari ubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratulmaut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.