Thursday, April 24, 2008

Pendatang Asing - Jangan sampai cempedak menjadi nangka

Tidak dinafikan bahawa kepesatan pembangunan di negara ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh tenaga buruh dari pendatang asing terutamanya Indonesia dan Bangladesh. "Penghijrahan" pendatang asing ke negara ini telah berlaku sejak puluhan tahun yang lalu sehinggakan ramai daripada mereka telah pun menjadi warga negara ini. Tanpa tenaga buruh asing terutama Indonesia, negara tidak dapat memesatkan kemajuan pembangunannya. Namun seperkara yang perlu diperhatikan adalah kebanjiran mereka yang nampaknya tidak pernah surut dan kian bertambah saban hari.
Peningkatan kes-kes jenayah di negara ini turut disumbangkan oleh kebanjiran pendatang asing ini. Saya bimbang jika suatu hari nanti, katakan 50 tahun lagi, maka pendatang asing inilah yg akan menguasai negara ini. Dalam kata lain, kita sebenarnya akan ditawan oleh mereka jika langkah2 konstruktif mulai sekarang tidak diambil. Kaum pendatang ini kini sudah menampakkan belang mereka. Jika pada hari minggu atau cuti umum, kawasan Chow Kit, keramat dll lagi pasti akan dipenuhi oleh orang Indonesia yg mengambil kesempatan untuk berkumpul. Keadaan seolah2olah rakyat tempatan menjadi 'asing' di negara sendiri kerana kawasan mereka kini telah pun "ditawan" oleh org Indon.
Pendatang Indonesia ini lebih bersikap spt Belanda mendapat tanah dan bersikap biadap serta tidak menghormati penduduk tempatan. Soalnya, sampai bila fenomena ini akan surut? Apakah benar suatu hari nanti kita akan "ditawan" di negara sendiri oleh kebanjiran mereka ini? Saya amat berharap kerajaan dapat menggubal suatu polisi yang konkrit bagi menangani masalah ini. Jika perlu, tubuhkan sebuah Jabatan Pengurusan Pendatang Asing di KDN agar masalah kemasukan mereka ini dapat ditadbir dengan lebih cekap, konstruktif dan tidak merugikan negara dan merekadapat dikawal sewajarnya. Saya amat bersetuju dengan saranan KPN Tan Sri Musa Hassan suatu ketika dulu bahawa wajar ada penempatan khusus untuk kediaman pendatang asing ini agar memudahkan pemantauan pihak berkuasa.
Kita boleh perhatikan bahawa terlalu ramai pendatang asing yang datang ke negara ini bukan untuk bekerja di sektor pembinaan atau perladangan tetapi lebih kepada mahu berniaga dan menguasai pasar. Perhatikan sahaja di kawasan Chow Kit, hampir 70 % peniaga di situ kebanyakannya orang Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Malah mereka telah menguasai gedung-gedung perniagaan yang pelbagai dan menjadi taukeh. Kemudian mereka yang berjaya ini akan "mengimport" saudara mara atau kawan-kawan di kampung agar berhijrah ke Malaysia.
Saya bimbang jika tiada kawalan dan polisi tertentu untuk membendung perkara ini, suatu hari nanti penduduk negara ini bertambah "majmuk" dengan beberapa lagi etnik yang menjadi warga negara atau rakyat iaitu Myanmar, Bangladesh dan termasuk juga dari Afrika. Jangan pula sampai kepada keadaan di mana cempedak dan menjadi nangka.

No comments: