Wednesday, April 23, 2008

Teladan : Kisah ular menerkam jenazah pelacur

Kisah dan tauladan....

kisah ular terkam jenazah pelacur*"

DIAlah yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan * *menurunkan untuknya rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajarankecuali orang orang yang kembali kepada ALLAH" **Surah al-Mukmin, ayat 13.

**Ustaz Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib,Surabaya. Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntutilmu dengan ditemani abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahunmenetap di Tanah suci dia kembali ke kampung halamannya pada 1997 danmengajar di sekolah sekolah agama di kampung kelahirannya. Lantaraningin berkongsi pengalaman menanrik ketika menetapa di Mekah, UstazZainul diterbangkan khas dari Surabayauntuk temu bual ekslusif denganwartawan Mastika, Norimanah Seman. **

Perkuburan Ma'ala di Mekah yang terletak berhampiran makam SitiKhadijaah riuh rendah. Suara orang bercakap dalam nada cemas danmenjerit jerit menyebabkan tumpuan saya yang ketika itu sedang solat,terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang mengimami solat Asar jugatenggelam timbul.Terus terang saya katakan, saya tidak dapat bersolat dengan khusyuk.Suaraorang bercakap dan menjerit jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam,saya terus ke tingkap yang menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihatpenjaga kubur berdiri tercegat di tepi lubang, orang ramai yangmengiringi jenazah bertempiaran lari. Adayg tertonggeng kerana tersepakbatu, yg merangkak pun ada. **

"Tolongggggggg, anak saya!" jerit seorang wanita apabila melihat anaknyaberdiri hampir dengan liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempatmenyambar kanak kanak itu dan diserahkan kembali kepada emaknya. **"Apahal ribut ribut tu?" tanya abang yang tiba tiba sudah berdiridibelakang saya. "Entah," jawab saya. Lantas saya dan abang bergegaskekawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumahsewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasanperkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelamkabut.

**Saya berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanyadia seorang saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yangmengiringi jenazah sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepipagar. Muka Ahmed kelihat cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.

**"Apa masalahnya, ni?" tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanyamenuding jarinya keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ularbesar dengan mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yangpanjang kelihatan tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahajasebesar pemeluk orang dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmedmengelak beberapa tapak apabila ular itu menjulurkan kepalanya sepertihendak menerkam jenazah yang dipikul oleh kawan kawannya. Setelah gagaluntuk mencekup jenazah, ular yang bercampur aduk warnanya itu memasukkansemula kepalanya ke dalam lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmedcubamelangkah, ular itu akan menerkam semula dengan mulut ternganggamenampakkan lidah yang panjang. Saya memgucap panjang apabila mata ularitu yang merah bercahaya merenung tajam ke arah jenazah yang diletakkandi atas pengusung.

**"Ya Allah, janganlah mayat tu ditelah," doa saya. Hati bertambah bimbangapabila melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuahmotosikal. Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. "Kalaukecil boleh juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnyasaja sama bes ar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazahitu bukan kebumi namanya tetapi campak ke rahang ular," kata Ahmed,tercunggap cunggap.Orang ramai lari bertempiaran. Ada yang terjeritjerit akibat terlalu takut. Beberapa minit kemudian mereka terus menutupsemula lubang kubur itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur ,limameter saja jaraknyadari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuatdaripada batu.

**Di Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disanalubang kubur sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai.Dandisimin dindingnya kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan iaditutupsemula. Pintunya diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kuburitu akan dibuka semula untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satuliang boleh digunakan untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkanhingga seratus. Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itujikajenazah yang ditanam setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggaltulang.Tulang tulang itu akan dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazahbaru.

**Ahmad membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbukasepenuhnya, segera dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengahtengah lubang kubur! Ahmed melompat ke belakang, kawan kawan nya larilintang pukang. "Lain macam je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedungpun bukan, anaconda tidak mungkin. Ular apa ni bang? bisik saya padaabang. " Inilah agaknya ular al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabisebut sebut dalam sabdanya, yang akan menyiksa sesiapa yang meninggalkansolat dan melakukan maksiat," kata abang. Aneh sekali, bagaimana iaboleh berada di dalam lubang kubur itu.

**"Tutup balik," Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu.Ahmed beralih pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah duatahun tidak digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak beranimendekati. Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kamiberenam, Ahmed dan kawan kawannya, abang serta saya.

**SYYYYYYYYYYY! ! Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yangterbuka sedikit. Ahmed dan rakan rakannya segera berhenti mengangkatpenutup lubang kubur tersebut. Masing masing terdiam dan memasangtelinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada lagi bunyi yangkedengaran."Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya," beritahu Ahmed sambil tersenyumcubamenyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan kawannya menyambungkerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang kubur hingga terbukaluas. "Alhamdulillah" Ahmed bersyukur, tidak ada lagi ular besar yangmenganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya tinggaltengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalamkubur untukmengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naiksemula untuk mengangkat jenazah wanita itu.

**Perlahan lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanitatersebut ke tepi lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukankerja. "Berhenti!!! !" tiba tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya ygmemikul jenazah terkejut. Nyaris nyaris jenazah tercampak. Segerajenazah dibawa keluar dan diletakkan diatas pasir. Mereka hanya tercegatmemerhati. Ahmed menggeleng geleng kepala, tidak percaya dengan apa yangberlaku. Orang ramai bercempera sekali lagi.

**"Subhanallah .. ular lagi," terpacul dari mulut saya. "Kamu pasti ularitu tidak ada disitu, tadi?" tanya abang. Ahmed termenung memerhatikanrahang ular yang terbuka luas. Di wajahnya ternampak keletihan. Dia punsudah hilang punca untuk menjawab peryanyaan saya tadi. "Subhanallah, "hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil menoleh ke arahsaya. Ahmed menggaru garu kepala, tak tahu apa yang perlu dibuat.Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding liang yang boleh dilaluioleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.


**"Mungkin tanah haram tak mahu terima jasadnya," kata abang. Ahmedmengangguk dan bersetuju dengan kata kata abang. "Kalau begitu mengapatakdikebumikan saja di Jeddah?" saran saya kepada Ahmed. "Seharusnyabegitu, mungkin ada yang tak kena," kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddahsahaja tanah halal yang paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaikisatu kereta untuk bersama sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samarsama hari yang sudah merangkak senja jenazah itu dikebumikan.Alhamdulillah!Semuanya dapat disempurnakan dengan selamat.

**Dalam perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecualikejadian itu. Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah."Salah satu keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosamereka akan ditangguhkan sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAHakan membalasnya sewaktu didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan padayang masih hidup," tegas abang. Kata kata itu membuat saya berfikirkembali rahsia di sebalik kejadian yang baru kami alami. Kepada kenalanrapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya. Menurut merekawanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di HospitalAziziah. Iamemang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak suaranya apabilamelayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian seragam jururawatditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun hati setiaplelaki yang memandang.

**Bibirnya, mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat d an berhidungmancung menjadi bonus untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya diasering menggunakan nya untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.Daripada cerita kawan kawannya yang saya temui, si gadis manis berusia25 tahun itu menjadi 'perawat jiwa' kelas atasan. Setiap malam diamenerima jemputan daripada saudagar kaya yang menawarkan bayaran tinggi.Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang mengetahui.

**Namun hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Ditengah kemashuran namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itudiserang penyakit misteri. Tidak ada ubat moden yang mampumenyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad tempatnya berkerja.Yangmenginsafkan setiap kali kawan kawan setugas datang menziarahi, diakanbercerita segala kegiatannya selama ini. Peristiwa itu sesungguhnyamenginsafkan betapa siksa kubur itu jangan dipermainkan, sebagaimanahadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullahs.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda: **"

Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan keranamelakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuatfitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada airkencing." *

1 comment:

amier said...

cm bdoh lax....
bit cter ny okey..
sow jgn jdiy PELACUR!!
hahahahaha...,,,..